Thursday 8 January 2015

Iklan


Rozita Che Wan Kecewa Dengan Fanpage Facebook Palsu Aaisyah Dhia Rana

Rozita Che Wan Kecewa Dengan Fanpage Facebook Palsu


Pelakon Rozita Che Wan menyelar individu yang menggunakan wajah bayi perempuannya, sebagai perbuatan biadap dan tidak bertanggungjawab dengan meletakkan status dan mengunakan untuk keuntungan diri sendiri.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta, mendakwa dia terkejut apabila mengetahui foto tersebut melibatkan foto anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dan individu berkenaan merupakan rakyat malaysia. Dengan mengunakan Fan Page Facebook yang kononnya page tersebut
adalah fan rasmi untuk anak perempuannya.

"Biadap sungguh individu itu sehingga sanggup buat wujudkan fans page untuk kepentingan diri sendiri.

Rozita berkata lagi, fans page palsu itu membuatkan dia berasa sedih apatah lagi anaknya yang baru berusia dua bulan sudah menjadi mangsa pengguna laman sosial yang tidak bertanggungjawab.

Tambahnya lagi, isu-isu yang timbul seperti ini membuatkan dia dan suaminya, Zain Saidin tidak mahu anak mereka terlibat dalam dunia seni hiburan apabila besar kelak.

."Daddy dia tak bagi jadi artis. Kami jadi selebriti pun kerana kebetulan.

"Bukannya tidak elok jadi artis, Alhamdulillah hidup senang tetapi apabila diri terlalu terdedah, dunia artis boleh ke arah negatif tanpa sedar.
Seperti yang telah berlaku pada kami sekarang ini,"katanya. - mStar



https://www.facebook.com/aaisyahdhiaranazainsaidin <--- Palsu